Friday 15 June 2012

Kekayaan Anwar dan Kroni Siri 8-Azmin?



Jika benarlah apa yang di utarakan ini; adakah ini bukti kesetiaan Azmin terhadap Anwar. Hinggakan Ibu sendiri tidak ditolak ketepi. Na'auzubillah


47. Name : Mr. Azmin Bin Ali
Post : Friend  of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 659711 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years


Account No : H 7639-1722-5243 (MG)
Amount : S $ 5,000,000.00
Date of opening account : 09/06/97
Date of Maturity : 09/06/99

48. Name : Mr. Azmin Bin Ali
Post : Friend  of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 659711 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
1 years
Account No : DC 7943-7716-2713 33 NB
Amount : S $ 3,500,000.00
Date of opening account : 10/12/97
Date of Maturity : 10/12/98

49. Name : Mr. Azmin Bin Ali
Post : Friend  of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 659711 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : GH 1299-4166-339 A
Amount : S $ 5,000,000.00
Date of opening account : 11/06/97
Date of Maturity : 11/06/99

Dedah!!! KEPALA2 Parasit Malaysia




Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa meningkatnya kejadian keganasan politik adalah disebabkan sikap berdiam diri Perdana Menteri terhadap insiden yang berlaku.


Anwar memberi contoh kekecohan yang berlaku semasa ceramah beliau di Lembah Pantai tempoh hari sebagai bukti dakwaannya.

BERITA HANGIT!! SELANGOR DAN PULAU PINANG NAK BUBAR DUN DALAM MASA TERDEKAT?!!



Aku nok sukko la weh !!!

Terbaca 1 article ni dalam portal pembangkang iaitu suarapakatanrakyat.com.

ADA pandangan mengatakan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak sedang bermain teka teki tentang tarikh pembubaran parlimen yang membuka jalan kepada proses pilihanraya umum yang akan datang.


Sedangkan yang memberi pandangan terlupa, Pakatan Rakyat juga sedang memerintah 4 negeri dan dari jumlah itu, 2 negeri sudah mengumumkan pendirian masing-masing secara terbuka untuk tidak membubarkan DUN bersamaan dengan tarikh pembubaran parlimen.

Malangnya, dua negeri ini (Selangor dan Pulau Pinang), tidak pula menyatakan dengan jelas, bila DUN akan dibubarkan, walaupun dalam masa yang sama, soal mendesak Najib mengumumkan tarikh sebenar pembubaran Dewan Rakyat sedang hebat diperkatakan dikalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.

Penulis boleh faham kenapa desakan dibuat, penulis juga boleh faham kenapa tarikh itu dibiarkan terapung di awangan untuk semua orang meneka. 

Tapi penulis juga mahu semua orang tahu, ada soal intergriti dan kredebiliti yang sedang menjadi taruhan sekarang. 

Soal ini penting kerana hanya inilah saja yang membezakan kita dengan BN.

Justeru, penulis dengan ini mendesak kepimpinan negeri Pulau Pinang dan Selangor, mengumumkan dengan segera tarikh sebenar DUN di negeri masing-masing akan dibubarkan supaya satu pilihanraya negeri dapat diadakan.

Selepas itu, penulis rasa baru layak kita mendesak Najib mengumumkan tarikh sebenar pembubaran Parlimen dan penulis yakin rakyat dibawah akan lebih selesa dengan pendekatan sebegini dan menaruh keyakinan yang tinggi terhadap Pakatan Rakyat.

Disitu saja kita sudah membuktikan kelebihan kita dibanding dengan BN yang dipimpin Najib.

Kalau Pakatan Rakyat sendiri pun gemar bermain teka teki berhubung tarikh sebenar pembubaran DUN, kenapa nak dihairankan bila Najib juga menggunakan pendekatan yang sama. 

Lagipun, pada pandangan penulis, ini bukan sangat tentang teka teki, ini tentang strategi dan kelebihan yang ada tapi tidak dipunyai oleh pihak musuh.

Semua perlu ingat, ini bukan tentang Najib, ini tentang polisi. 

Sejak zaman berzaman polisi BN memang begitu, mereka menyimpan tarikh sebenar pilihanraya ini sebagai strategi mereka untuk mengukuhkan kuasa. 

Pakatan Rakyat tidak perlu terikut-ikut dengan polisi BN dan haruslah berani menunjukkan pembaharuan.

Kalau Najib ada kelebihan di peringkat persekutuan, kita ada kelebihan sama di peringkat negeri yang kita kuasai. 

Cuma yang perlu dibuktikan kepada rakyat sekarang ialah, kita tidak menyalahgunakan kelebihan tersebut dan berani mengumumkan tarikh sebenar pembubaran DUN kepada rakyat.

Kita buat dulu, kemudian baru minta orang lain untuk ikut, baru betul.


Psssttt... Buat pertama kalinya... aku bersetuju dengan media pembangkang ni !!! Ada "egg" ka Guang Eng Nenen dengan Khalid Gagap nak bubar DUN ?!!

Hina Mahkamah - Pembangkang melalui suaram cuba cetus perang dengan Perancis




Nampaknya SUARAM dan pembangkang tetap berdegil ingin terus bermain dengan isu kapal selam scorpene walaupun tuduhan mereka telah dijawab dan dipatahkan berkali-kali. 

Sudah menjadi taktik pembangkang untuk ‘buat bodoh’ apabila terkantoi dan akan terus memainkan fitnah yang sama walaupun ia telah dijawab berkali-kali beserta dengan bukti. 

Contohnya, isu cincin Datin Seri Rosmah, isu anak Dato’ Seri Najib berbelanja di Australia sehinggalah isu pembunuhan Altantuya dan scorpene ini, yang mana semuanya telah diperjelaskan dan bukti telah pun dikemukakan bagi menafikan tuduhan mereka. 

Dalam kes scorpene ini, SUARAM dan pembangkang telah pergi ‘agak jauh’ iaitu dengan menggunakan nama mahkamah negara asing bagi menguatkan hujah mereka. 

SUARAM juga menyatakan bahawa kes ini sedang disiasat dan kononnya terdapat penemuan dokumen komunikasi dan transaksi yang menunjukkan wujudnya permintaan rasuah secara terang-terangan. 

Kononnya juga, Perdana Menteri akan disapina dan diheret ke mahkamah Perancis. 

Malah lebih dahsyat lagi, mereka mengaitkan pula urusniaga dan rasuah tersebut dengan pembunuhan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu dan membayangkan pembabitan Perdana Menteri dalam semua kes ini.

Pembangkang nampaknya benar-benar berpegang dengan kata-kata bahawa, ‘lebih besar penipuan itu lebih ramai yang akan percaya’

Sebenarnya, tidak semestinya. 

Ada kalanya apabila penipuan itu terlalu besar ia akan menjadi raksaksa yang memakan diri. 

Hakikatnya, benar, ada aduan rasuah mengenai pembelian kapal selam scorpene dari DCNS oleh Malaysia yang dibuat oleh SUARAM kepada mahkamah Perancis. 

Dan tidak seperti di Malaysia, di mana pihak polis atau SPRM yang bertanggungjawab menyiasat sesuatu aduan rasuah, di Perancis, pihak mahkamah yang menyiasatnya di bawah arahan Hakim. 

Selama siasatan dibuat iaitu dalam masa 2 – 3 tahun, mengikut anggaran hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang bertanggungjawab bagi kes ini, pihak yang terlibat tidak dibenarkan membuat sebarang komen atau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah. 

Dan sekiranya, siasatan mendapati hakim memerlukan keterangan dari mana-mana pihak di Malaysia, maka hanya polis Malaysia yang boleh mendapatkan keterangan dari pihak yang berkenaan dengan kehadiran pegawai kehakiman dari Perancis. 

Oleh itu, tidak timbul soal mengsapina Perdana Menteri atau sesiapa saja dari Malaysia untuk hadir di mahkamah Perancis. 

Sekiranya, hakim mendapati terdapat keperluan untuk membawa kes ke perbicaraan, maka beliau perlu mengemukakan permohonan kepada mahkamah yang lebih tinggi kerana hanya mahkamah yang lebih tinggi yang dapat menentukan sama ada kes tersebut boleh dibicarakan atau tidak. 

Jelaslah, apa yang dilakukan oleh SUARAM, iaitu mewar-warkan apa yang dikatakan mereka sebagai ‘bukti’ serta membuat komen, malah kenyataan rasmi terbuka di media, adalah satu bentuk penghinaan yang serius terhadap mahkamah Perancis. 

Maka, secara rasminya SUARAM boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah sekiranya ada pihak yang membuat aduan terhadap mereka. 

Jika kita lihat perkembangan kes ini di Perancis sendiri atau di mana-mana jua, kita akan dapati tiada langsung komen dari pihak DCNS yang dikatakan sama-sama memikul kesalahan jika benar telah terlibat memberi rasuah dalam urusniaga kapal selam dengan Malaysia. 

Ini kerana DCNS cukup arif mengenai prosedur undang-undang di negaranya dan mengelak untuk memberi komen, membela diri atau menjelaskan apa-apa mengenai apa-apa jua. 

Hanya SUARAM a.k.a pembangkang Malaysia yang ke hulu ke hilir menjaja cerita rasuah antara DCNS dengan Malaysia. 

Kerana apa ??? 

Kerana pilihanraya semakin hampir, itu saja.