Saturday 1 June 2013

Adakah ini merupakan senario semasa?

Tuan Sideq Segaraga kena lelong pasai dengaq Tuan Punahsihat.....P. Ramlee dah warning lama dah kes ni.......

 Bukan susah jadi PM. Jika ada masalah kita selesaikan. Ada isu, kita tutup. Tak tahu, tanya punahsihat

Macam mana menutup mulut pembangkang?

Macam ini.

Masalah 1
Beraraklah pembangkang membantah PPSMI dengan dikepalai oleh seorang Sasterawan Negara bagi mendaulatkan kedudukan Bahasa Melayu. Apa PM dan kabinet perlu buat?

Jawapannya:
hapuskan PPSMI.

Masalah 2.
Beraraklah puak-puak riot, pencetus huru hara, penjenayah, pengganas mendesak ISA dihapuskan sebab menyalahi 'hak asasi'.
Apa tindakan?

Jawapannya:
Tidak perlu dinilai(review) semula. Hapuskan teruskan ISA.

Masalah 3
Kaum Cina desak quota Bumiputra dikurangkan, beri 'keadilan' kepada mereka. Apa tindakan?

Jawapannya:
Hapuskan Kementerian Pembangunan dan Keusahawanan kerana kementerian ini hanya jaga Melayu, rasis. Liberalisasikan 27 sektor dan buka kepada bukan Melayu. Kurangkan quota biasiswa kepada 55% sahaja. Beri kaum lain 45%.

Masalah 4
Mahasiswa minta untuk menyertai politik dan tidak perlu belajar sangat sebab malas dan boring. Desak kerajaan benarkan mereka berpolitik.
Tindakan?

Jawapan :
Pinda AUKU, benarkan budak-budak berpolitik 24/7. Politik diutamakan.

Masalah 5.
Kaum Cina tidak setuju Tanda Putera ditayangkan kerana berbau perkauman. 13 Mei tidak sepatutnya dicatatkan dalam sejarah Malaysia.
Tindakan?

Jawapan:
Tunda penayangan Tanda Putera. Edit mana-mana babak yang 'sensitif'. Jangan peduli sangat fakta sejarah.

Masalah 5
AES mendapat bantahan dari pembangkang sebab kononnya di beri kepada kroni.
Apa tindakan?

Jawapan:
Tunda AES hingga tempoh yang tidak dapat ditentukan(tunggu dapat 2/3 kot).

Babak dalam bilik Mesyuarar(War Room).

Punahsihat 1: Bos, tindakan boss bagus, sekarang pembangkang sudah tak de isu. Pembangkang buat isu saja, bos dah bertindak. Bagus boss.

Punahsihat 2 : Betul boss. Populariti boss sudah meningkat. Kami meramal undi kaum Cina akan naik mendadak sebanyak 35% boss.

Punahsihat 3: Sekarang kerusi Parlimen dalam tangan dah ada 157, jika dapat 200 kerusi, bonus boss.

Penasihat : Tapi boss tindakkan bos ini banyak juga melukakan hati penyokong kita. Bukan semua setuju dengan pembangkang. Kehendak pembangkang bukan kehendak rakyat boss. Banyak majoriti senyap yang tak mahu mansuh ISA, tunda AES, hapuskan AUKU boss.

Punahsihat 1 : Kau apa tau? Ini politik Baru. Zaman Pemuda terpekik terlolong mendesak sudah berakhir tau. Ini UMNO alaf baru.

Punahsihat 2: Bos, pecat Penasihat boss. Dia beri laporan salah. Dia kolot. Pessimist, Kroni Tun Bersara.

Selepas PRU

Monolog: Ngapa aku tidak menang banyak?
Aku sudah ikut semua kehendak pembangkang. Bukankah kehendak pembangkang itu kehendak rakyat?

Apa kata korg ?