Berkat
sokongan mereka bersetuju menerima perlantikan pemimpin PAS sebagai
Menteri Besar Perak beberapa ketika selepas PRU 12 2008 berakhir,
hasilnya empat tahun kemudian Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min berjaya
mendapat laba keuntungan dalam bentuk hak milik tanah pajakan.
Pendedahan
skandal tanah hutan balak seluas 10,526 ekar bersamaan 4,259 hektar di
Hutan Simpan Relai, Mukim Chiku Gua Musang oleh Kerajaan PAS Kelantan
kepada kroni dan sekutunya dari DAP itu nyata telah membangkitkan
kemarahan ramai rakyat negeri ini.
Cina Boleh Bagi Komisen, Melayu...?
Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya, Nga Kor Min yang kini
adalah pemilik Upaya Padu Sdn Bhd tentu sahaja tika ini sedang tersenyum
bangga kerana syarikat milik mereka berpeluang mentekedarah hasil bumi
Kelantan untuk tempoh yang lama sehingga 3 Mei 2092.
Berkat sokongan mereka bersetuju menerima perlantikan pemimpin PAS
sebagai Menteri Besar Perak beberapa ketika selepas PRU 12 2008
berakhir, hasilnya empat tahun kemudian Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min
berjaya mendapat laba keuntungan dalam bentuk hak milik tanah pajakan.
Pendedahan skandal tanah hutan balak seluas 10,526 ekar bersamaan 4,259
hektar di Hutan Simpan Relai, Mukim Chiku Gua Musang oleh Kerajaan PAS
Kelantan kepada kroni dan sekutunya dari DAP itu nyata telah
membangkitkan kemarahan ramai rakyat negeri ini.
Rata-ratanya sukar menerima hakikat bagaimana tanah negeri yang
mengandungi hasil bumi kayu kayan balak yang bernilai tinggi itu
sebegitu mudah terlepas ke tangan orang luar, sedangkan di masa yang
sama masih ramai rakyat negeri ini yang berdepan dengan masalah
pemilikan tanah.
Lebih-lebih lagi isu pajakan hak milik tanah dan penerokaan hasil hutan
untuk tujuan pembalakan ini mengingatkan rakyat kepada isu penggadaian
tanah yang luasnya lebih 300,000 ekar kepada sebuah syarikat milik Cina
Singapura pada tahun 1964 dulu.
Kini ia berulang kembali, kali ini tidak hanya syarikat Cina Singapura
yang sedang menikmati hasil bumi Kelantan malah Cina DAP melalui
pelbagai syarikat proksi mereka juga sedang mentekedarah kekayaan bumi
negeri ini.
Malah mengikut beberapa laporan, daripada keluasan 81,095 ekar tanah
Ladang Rakyat yang meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan
Tanah Merah, lebih separuh daripadanya atau sekitar 50,000 ekar telah
dikuasai oleh tauke balak dan syarikat perladangan yang dimiliki orang
Cina dari luar Kelantan.
Sebahagian besarnya dimiliki melalui pajakan yang memakan masa berpuluh
tahun termasuklah ada yang mencecah tempoh pajakan 99 tahun termasuklah
tanah seluas 10,095 ekar di Gua Musang yang diserahkan kepada syarikat
swasta Leong Hup Holding Sdn Bhd(LHH).
Seolah-olah bagi Kerajaan PAS Kelantan, mereka lebih selesa membiarkan
tanah-tanah negeri ini dikuasai oleh orang Cina, seolah-olah tiada
seorang pun usahawan Melayu Islam negeri ini yang berkemampuan untuk
terlibat secara langsung dalam bidang penerokaan tanah dan pembalakan.
Susah payah rakyat marhaen meneroka tanah selama berpuluh tahun demi
mencari sesuap nasi akhirnya yang mendapat laba besar dan meraih
keuntungan pajakan selama berpuluh tahun ialah orang luar khususnya Cina
DAP dan Cina Singapura.
Kerajaan PAS Kelantan sama ada di era 1960 hingga 1970 dulu dan yang
terkini 1990 hingga sekarang yang sedang memerintah negeri ini
kelihatannya seperti lebih mengutamakan orang Cina berbanding orang
Melayu Kelantan.
Tauke Cina diutamakan, orang Melayu Islam dikesampingkan.
Mentang-mentanglah kebanyakan tauke-tauke Cina ini sentiasa bermurah
hati menyumbang 'derma' wang ringgit untuk tabung pilihanraya PAS, maka
itu Kerajaan PAS Kelantan sentiasa bermurah hati menyerahkan hasil
kekayaan bumi Kelantan untuk membuncitkan perut tauke-tauke balak
kesayangan mereka.
Senario yang telah berlaku dan sedang berleluasa ini di negeri yang 95%
majoritinya adalah orang Melayu Islam ini saling tak ubah seperti kata
pepatah, "anak kera di hutan disusukan, anak sendiri dalam pangkuan mati
kelaparan."
No comments:
Post a Comment