Setelah
DAP berjaya mengaib dan memijak maruah PAS di Pulau Pinang, kini maruah
UMNO pula di pijak sesuka hati mereka. Apa yang berlaku di Menara UMNO,
Jalan Macalister Pulau Pinang, tengah hari tadi cukup membuatkan UMNO
Pulau Pinang di aibkan dengan kebiadapan kerajaan Negeri.
Tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang
meruntuhkan struktur tulisan”UMNO” di hadapan Menara UMNO di sini jelas
sesuatu yang di luar jangkaan tambahan pula tiada sebarang notis di
keluarkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang berhubung pembinaan
struktur berkenaan.
- See more at: http://www.pru14.tv/2015/06/20/kebiadapan-dap-semakin-melampau/#sthash.KbkJmvor.dpuf
Setelah
DAP berjaya mengaib dan memijak maruah PAS di Pulau Pinang, kini maruah UMNO
pula di pijak sesuka hati mereka. Apa yang berlaku di Menara UMNO, Jalan
Macalister Pulau Pinang, tengah hari tadi cukup membuatkan UMNO Pulau Pinang di
aibkan dengan kebiadapan kerajaan Negeri.
Tindakan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang meruntuhkan struktur tulisan”UMNO” di hadapan
Menara UMNO di sini jelas sesuatu yang di luar jangkaan tambahan pula tiada
sebarang notis di keluarkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang berhubung
pembinaan struktur berkenaan.
Jelas
kini, DAP seolah-olah mahu menguasai Pulau Pinang secara sendirian tanpa ada
sekutu mahupun lawan dalam politik. Tindakan sumbang mereka di Pulau Pinang
bukan sahaja terhadap pengambilan tanah secara paksa dari orang Melayu di Pulau
Pinang malah kini sudah semakin berani “menyerang” UMNO menerusi tindakan
penguatkuasa Majlis.
Andai
di tanya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, jawapan yang di
berikan amat mudah. Struktur berkenaan menghalang lalu lintas dan tidak
mendapat keizinan dari Majlis Bandaraya. Akan tetapi pembinaan beberapa
struktur melambangkan kuasa DAP di Pulau Pinang dibenarkan tanpa sebarang dakwa
dakwi lagi.
Inilah
teraju Pulau Pinang kini, tempat lahirnya Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun
Abdullah Ahmad Badawi. Secara beransur-ansur DAP mengubah Pulau Pinang menjadi
Singapura kedua dengan pengusiran senyap orang Melayu dari kawasan Pulau.
Menariknya,
tiada seorang pun ahli UMNO dari mana-mana cabang UMNO turun membantah secara
lisan tindakan yang dilakukan penguatkuasa Majlis berkenaan. Apakah UMNO Pulau
Pinag sudah tinggal nama? Adakah UMNO Pulau Pinang terheret sama dalam konflik
antara Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Najib sehingga terlupa musuh menyerang ke
rumah sendiri?
No comments:
Post a Comment