KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyarankan umat Islam supaya
mengetepikan sebarang perbalahan dan permusuhan bersempena bulan Ramadan
yang mulia ini.
Perdana Menteri, dalam catatan terbaru di blog beliau
www.najibrazak.com. hari ini, berkata sebarang perbalahan itu tidak
mendatangkan keuntungan bahkan merugikan masa dan tenaga.
"Pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah kita mengambil
peluang keemasan untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi diri kita
dalam melaksanakan segala perintah Allah SWT," kata Najib.
Beliau berkata, puasa adalah pendidik untuk umat Islam menjadi lebih
tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan
sepanjang Ramadan berlangsung.
"Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, di bulan Ramadan, semua amalan
anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya
hingga tujuh ratus kali ganda dan Allah SWT berfirman: "Melainkan puasa,
kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka
meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku."
"Semoga ibadat dan amalan kita diterima Allah SWT," kata Najib.
No comments:
Post a Comment