Bila kita lihat didada akhbar, pelbagai isu
yang menyayat hati yang mungkin ada kita terbaca. Bila kita memandang orang
lain yang bermasaalah yang mana tiada kaitan dengan kita, mungkin kita berkata
inilah nasip mereka, yang mana kita hanya mahu melihat dari jauh dan bersimpati
sahaja tetapi andai perkara jatuh ke atas kepala kita, baru kita dapat rasakan langit tinggi ke
rendah. Seolah bagai meneroka lautan berdarah. Lebih-lebih lagi kalau dah jatuh
ditimpa tangga pula. Kesakitanya mungkin sampai ke ulu hati. Silap- silap boleh
jatuh pengsan, ada yang krem, tidak selera makan, menangis berhari-hari
bagai nak tercabut kedua biji matanya, ada yang merana sampai sakit-sakit
badan dan ada yang terlampau memikirkannya penyudahnya menghuni di hospital
bahagia. Mengapa mesti melayan diri sebergitu rupa? Lautan
mana yang tak bergelora? Bumi yang mana tidak ditimpa hujan?
Dalam dunia ini siapa yang tidak pernah rasa
kecewa? Tidak kiralah apa jua jua usia kita kedudukannya sama ada si kaya atau si miskin, yang tua atau pun muda
selagi kita bernyawa diatas bumi ini tentu ada sahaja ujiannya. Langit tidak
sentiasa cerah. Mendung juga tak semestinya hujan. Hidup ini diibarat seperti
roda. Kadang-kala kita berada diatas tetapi kadang-kala kita dibawah. Sama ada
kita menyambutnya dengan cara yang positif atau sebaliknya. Andai baik yang kita lakukan baiklah yang kita bakal terima.
Andai buruk yang dipilih buruk juga yang bakal mengundang.
1. Bersedia, yakin dan redha setiap yang datang ada hikmahnya
Kita harus bersedia dalam apa jua kemungkinan yang mendatang agar kita tidak terlalu tertekan. Yakinlah dengan adanya ujian ini, ia akan lebih
mematangkan kita, menjadikan kita lebih kuat dan berjaya.
2. Mencari punca dan menyelesaikan masaalah itu dgn segera
Kita harus bijak menilai maaalah tersebut
dengan mencari puncanya justru bersama-sama menanganginya dengan baik
4. Tidak tergopoh-gapah membuat sebarang keputusan &
bijak mengawal keadaan.
5. Muhasabah
diri, dekatkan diri pada yang maha esa
Kita hidup didunia hanya sementara dan kita lakukanya segala diatas muka bumi ini hanya kerana Allah swt.
Kadang-kala
masaalah itu terkena kepada orang yang rapat dengan kita seperti rakan baik, rakan sekerja, suami, adik,
kakak, abang, ibu, bapa dan sebagainya. Bila kita melihat mereka murung kita
juga mendapat tempiasnya. Jadi sebagai orang yang rapat dengan mereka kita
tidak boleh menambahkan lagi tekanan
itu menyebabkan keadaan menjadi lebih parah. .Apa pun
penerimaanya mungkin masa dan keadaan yang bakal merawat hatinya. Bila kita reda ada ganjaran yang menunggu kita dihari kelak. Janganla sesekali kita menyimpan dendam. kalau kita rasa kita tidak bernasip baik, ramai lagi yang tidak bernasip baik dari kita. Jangan persia-siakan hidup sementara ini dengan kesedihan kerana banyak kebahagiaan diluar sana yang menunggu kita.
-fm muar-
No comments:
Post a Comment