Saturday 20 June 2015

Kebiadapan DAP Semakin Melampau





10945784_1205245196193965_2025722522452031792_o
Setelah DAP berjaya mengaib dan memijak maruah PAS di Pulau Pinang, kini maruah UMNO pula di pijak sesuka hati mereka. Apa yang berlaku di Menara UMNO, Jalan Macalister Pulau Pinang, tengah hari tadi cukup membuatkan UMNO Pulau Pinang di aibkan dengan kebiadapan kerajaan Negeri.
Tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang meruntuhkan struktur tulisan”UMNO” di hadapan Menara UMNO di sini jelas sesuatu yang di luar jangkaan tambahan pula tiada sebarang notis di keluarkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang berhubung pembinaan struktur berkenaan.
- See more at: http://www.pru14.tv/2015/06/20/kebiadapan-dap-semakin-melampau/#sthash.KbkJmvor.dpuf


Setelah DAP berjaya mengaib dan memijak maruah PAS di Pulau Pinang, kini maruah UMNO pula di pijak sesuka hati mereka. Apa yang berlaku di Menara UMNO, Jalan Macalister Pulau Pinang, tengah hari tadi cukup membuatkan UMNO Pulau Pinang di aibkan dengan kebiadapan kerajaan Negeri.

Tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang meruntuhkan struktur tulisan”UMNO” di hadapan Menara UMNO di sini jelas sesuatu yang di luar jangkaan tambahan pula tiada sebarang notis di keluarkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang berhubung pembinaan struktur berkenaan.

Jelas kini, DAP seolah-olah mahu menguasai Pulau Pinang secara sendirian tanpa ada sekutu mahupun lawan dalam politik. Tindakan sumbang mereka di Pulau Pinang bukan sahaja terhadap pengambilan tanah secara paksa dari orang Melayu di Pulau Pinang malah kini sudah semakin berani “menyerang” UMNO menerusi tindakan penguatkuasa Majlis.

Andai di tanya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, jawapan yang di berikan amat mudah. Struktur berkenaan menghalang lalu lintas dan tidak mendapat keizinan dari Majlis Bandaraya. Akan tetapi pembinaan beberapa struktur melambangkan kuasa DAP di Pulau Pinang dibenarkan tanpa sebarang dakwa dakwi lagi.

Inilah teraju Pulau Pinang kini, tempat lahirnya Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Secara beransur-ansur DAP mengubah Pulau Pinang menjadi Singapura kedua dengan pengusiran senyap orang Melayu dari kawasan Pulau.

Menariknya, tiada seorang pun ahli UMNO dari mana-mana cabang UMNO turun membantah secara lisan tindakan yang dilakukan penguatkuasa Majlis berkenaan. Apakah UMNO Pulau Pinag sudah tinggal nama? Adakah UMNO Pulau Pinang terheret sama dalam konflik antara Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Najib sehingga terlupa musuh menyerang ke rumah sendiri?

No comments:

Post a Comment