Anwar Ibrahim yang
menggunakan platform Bersih melalui Ambiga Sreenavasan nampaknya semakin
tertekan apabila rayuannya kepada kerajaan Australia untuk masuk campur
dalam proses pilihan raya negara ini ditolak mentah-mentah.
Anwar kemudian terpaksa
menggunakan pengaruhnya susulan kegagalan Ambiga yang sebelum itu
berkempen di negara itu untuk tujuan yang sama tetapi menerima jawapan
negatif dari Kementerian Luar Australia.
Malu Anwar bukan kepalang apabila menerima respons yang negatif dari Menteri Luar Bob Carr.
Kata Carr kerajaan
Australia bukan berfungsi sebagai badan pemantau Suruhan Jaya Pilihan
Raya dan sudah tentunya bukan tugasnya untuk mencampuri urusan dalaman
Malaysia.
Apabila pihak asing
tidak lagi berminat untuk mendokong agenda peribadi Anwar menerusi
Bersih, kini Ambiga beriya-iya pula mahu melancarkan program 'Jom Pantau' baru-baru ini.
Program itu kononnya
akan menggerakkan rakyat bagi memantau proses pilihan raya pada PRU13
nanti untuk memastikan ia berjalan tanpa sebarang unsur penyelewengan
dan penipuan.
Pembangkang amat senang
mencari kesalahan dan keburukan orang lain tapi apabila terkena batang
hidung terus membisu dan buat pekak telinga.
Contohnya pemilihan PKR
dua tahun lalu penuh dengan gejala rasuah, nepotisme dan kronisme namun
semua aduan dan bantahan disenyapkan oleh Anwar kerana mahu memenangkan
kumpulan yang menyokong Azmin Ali.
Semua calon yang tidak
sebulu dengan Azmin yang bertanding jawatan Timbalan Presiden dicantas
dan dipastikan tidak mendapat undi atau digugurkan nama mereka pada saat
akhir.
Calon-calon anti-Azmin
menghadapi laluan amat sukar kerana kawalan ketat kroni rapat Anwar itu
akan memastikan Jawatankuasa Pemantau Pemilihan akan mencari setiap
kesalahan bagi menafikan mereka daripada bertanding.
Akhirnya apabila
keputusan diumumkan, lebih 90 peratus barisan pemimpin Majlis Pimpinan
Pusat adalah kroni-kroni Azmin termasuk juga majoriti ketua-ketua cabang
PKR diseluruh negara.
Jika Anwar ingin
bersihkan proses pilihan raya negara ini telus dan adil, pastikan beliau
cuci dahulu semua kekotoran yang menyelaputi proses pemilihan partinya
terlebih dahulu.
Namun pilihan raya yang bersih, adil dan telus bukannya objektif sebenar Anwar atau Ambiga.
Jika diperhatikan
perjalanan tiga perhimpunan Bersih yang telah diadakan sejak tahun 2007,
trendnya bukan untuk menuntut pelaksanaan lapan tuntutan yang
dikemukakan kepada SPR tetapi sebagai satu cara mencetuskan huru-hara,
ketidakstabilan dan rusuhan jalanan.
Lebih-lebih seruan
Ambiga sebagai Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih
2.0) mengajak rakyat berpartisipasi dalam program 'Jom Pantau' kononnya sebagai pemerhati dalam PRU13 adalah taktik untuk memecahbelahkan lagi perpaduan orang Melayu.
Ini kerana perhimpunan
Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 menyaksikan majoriti peserta yang mengambil
bahagian adalah terdiri daripada orang Melayu terutamanya golongan muda
dan belia.
Amat sedikit sekali
peserta ketiga-tiga demonstrasi anjuran Bersih disertai oleh kaum Cina
apatah lagi kaum India, lantas menimbulkan syak wasangka apakah
sebenarnya tujuan bersih.
Politik Melayu telah
berpecah tiga kepada UMNO, PAS dan PKR dan usaha yang dilakukan oleh
Ambiga adalah untuk memburukkan lagi retak pada perpaduan Melayu.
Jika ramai belia, remaja
dan muda-mudi Melayu dapat dipengaruhi menyertai program-program Bersih
maka ini akan melemahkan sokongan kepada UMNO dan apabila parti tulang
belakang Barisan Nasional itu hilang kekuatan, senanglah pembangkang
menyerang kerajaan bertubi-tubi.
Inilah hasil daripada agenda dana asing diakui diterima oleh Ambiga sendiri.
Maka Bersih bukanlah
usaha murni kononnya untuk menegakkan keadilan dan ketelusan dalam
proses pilihan raya tetapi merupakan landasan untuk menjatuhkan kerajaan
melalui kekecohan yang timbul daripada perhimpunan yang diadakan.
Bersih berselindung di sebalik gerakan massa untuk melemahkan bangsa Melayu dengan melaga-lagakan mereka.
Apa yang Ambiga mahu
lihat daripada perhimpunan Bersih ialah orang Melayu berkelahi sesama
sendiri dan kuasa politik mereka diperkotak-katikkan.
Dengan itu senanglah
pihak asing yang selama ini membiayai Anwar serta PKR dan gerakan
berlandaskan pengaruh rakyat seperti Bersih, Suaram, anti-Lynas dan
sebagainya, melaksanakan program kawalan asing ke atas negara ini.
Janganlah terlalu asyik dilayan slogan-slogan yang pro-rakyat sehingga lupa maksud yang tersirat.
Hakikatnya Ambiga tidak
berminat untuk melihat pilihan raya yang bersih atau adil dan orang
Melayu yang menyokong Bersih hanyalah kuda tunggangan yang tidak sedar
mereka sedang dieksploitasi dengan mudah.
No comments:
Post a Comment