Saturday, 20 June 2015

Time Bombs in Malaysia?


 
Ayuhhh..bangunlah..jgn lag kita lalai dan leka...
LIM KIT SIANG sungguh istiqomah dan determined untuk menawan Malaysia. Buku Time Bombs in Malaysia harus dibaca secara tersirat. Sejak 70an lagi semua kerajaan buat tak betul – korup dan tak cekap. Erti kata kerajaan pimpinan Melayu ini bodoh! Sampai hari ini DAP masih menanam kepercayaan itu sampaikan anak anak Melayu pun dah tak sanjung pemimpin pemimpin Melayu!
SAYA selalu ingatkan orang kita jaga-jaga dengan DAP. Mereka penuh dengan muslihat. Mereka licik.
Gerak-geri mereka kini bukan macam dulu semasa tiada kuasa. Mereka kini cukup strategik.
Penasihat mereka hebat-hebat. Bukan dari dalam negara saja, dari luar pun ada. Mereka cukup determined untuk perintah Malaysia. Negara lain yang baik dengan parti itu pun mahu melihat regime change ini berlaku.
Semasa orang-orang kita sengketa sesama sendiri, DAP bergerak ke sana ke mari.
Sehinggakan ke Mesir pun mereka pergi membawa ideologi “sama-rata” dan mempersoalkan mengapa terlalu ramai pelajar Melayu belajar perubatan di sana. Mengapakah tiada bangsa lain? Mengapa DAP tiba-tiba beria-ia mahu ke Mesir? Jika tak percaya apa yang dipersoalkan oleh DAP itu cuba tanya dengan kedutaan kita di Kaherah?
Dengan konfiden mereka ke Kelantan pula memberi bantuan perumahan kepada mangsa banjir dan menerima masuk Sasterawan Negara yang keliru, Pak Samad Said, ke dalam DAP. Ini berlaku semasa kononnya pakatan sudah mati!
Siapa kata pakatan pembangkang sedang berpecah. Yang berpecah ialah orang Melayu. Itulah pun yang DAP mahu lihat.
Pasma, pecahan Pas dibentuk bagi memecahbelahkan orang Melayu. Tajaan dari siapa agaknya Pasma?
Hakikatnya dalam politik Malaysia ini hanya ada dua parti Melayu sahaja, iaitu UMNO dan Pas.
Jika tidak boleh pecahkan UMNO, pecahkan Pas.
Yang pasti DAP cukup marah kerana geng-geng mereka kalah habis dalam Pas. Mat Sabu gagal menjalankan misinya.
Yang bersungguh-sungguh sangat mengisytiharkan pakatan pembangkang sudah pecah adalah Kit Siang, anaknya Guan Eng, sekongkolan mereka Mat Sabu dan kenyataan terbaharu Wan Azizah.
Terus terang saya katakan, saya cuak dengan mereka semua.
Mereka sedang membuat satu strategi perang yang cukup mengelirukan.
Tentera semut sedang bekerja
Seperti projek Tanjung bagi menawan Pulau Pinang dulu, setiap kali semasa pilihan raya Kit Siang dengan muka selamba akan terus menerus berkata kepada para pengundi “kami susah mahu menumbangkan BN.” Akhirnya taktik songsangnya berjaya.
DAP penuh dengan muslihat. Anwar Ibrahim yang sedang merengkuk dalam penjara pun bukan asyik tidur sahaja. Dia juga sedang merancang strategi. Dia sedang bekerja!
Operasi perang saraf reverse-psychology mereka cukup halus. Mereka cukup terancang. Sasaran mereka adalah PRU-14. Malaysia mesti ditawan.
Semasa UMNO, BN, kerajaan dan pucuk pimpinan sedang bersilat dan ditolak ke dinding dengan isu 1MDB, mereka sedang mengatur langkah. Isu ke mana perginya wang berbilion-bilion dalam Selangor Inc. dilupakan sama sekali.
Rafizi, Tony Pua diberi peranan mengharuhurakan keadaan melalui isu 1MDB. Dalam masa yang sama, tentera semut mereka pun sedang membuat kerja operatif — secara senyap.
Oleh itu, orang UMNO yang percaya sangat pakatan pembangkang sudah mati jangan seronok sangat ya.
Semut-semut itu dan jeneral-jeneralnya bekerja 24/7, termasuk dari dalam penjara!

Kapal minyak kita dapat ditawan kembali




Isu kapal minyak kita yang ditawan oleh lanun akhirnya selesai. Akan tetapi aku kelakar juga bila melihat lanun ni tak sebijak yang kita sangkakan. Ini mungkin mereka belajar dari filem "CAPTAIN PHILLIP" lakonan Tom Hanks tidk lama dahulu. Yang bertambah kelakarnya tulisan ORKIM HARMONY di tutup dengan tidak begitu bijak. Masih terlihat akan kesan penutupan tulisan OR dan Y pada awal dan akhir ada tulisan tersebut. Jika dibesarkan, boleh dilihat ada kesan bekas tulisan sebenar yang cuba ditutup oleh lanun dari Indonesia ini. Nak jual minyak yang dikatakan bernilai rm 21 juta pun takde sesiapa nak beli. Itulah nasib lanun yang baru nak belajar hidup senang dengan cara yang terkutuk ini. Apa pun semuanya berakhir dengan hanya satu kecederaan dari tukang masak kapal tersebut.

Malam ini dikatakan kapal tersebut bersama semua lanun akan dibawa ke Kuantan,Pahang.

Ketepikan perbalahan, permusuhan sempena Ramadan - Najib

 Post Pic
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyarankan umat Islam supaya mengetepikan sebarang perbalahan dan permusuhan bersempena bulan Ramadan yang mulia ini. 
Perdana Menteri, dalam catatan terbaru di blog beliau www.najibrazak.com. hari ini, berkata sebarang perbalahan itu tidak mendatangkan keuntungan bahkan merugikan masa dan tenaga. 
"Pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah kita mengambil peluang keemasan untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi diri kita dalam melaksanakan segala perintah Allah SWT," kata Najib. 
Beliau berkata, puasa adalah pendidik untuk umat Islam menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadan berlangsung. 
"Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, di bulan Ramadan, semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda dan Allah SWT berfirman: "Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." 
"Semoga ibadat dan amalan kita diterima Allah SWT," kata Najib.
 

Kebiadapan DAP Semakin Melampau





10945784_1205245196193965_2025722522452031792_o
Setelah DAP berjaya mengaib dan memijak maruah PAS di Pulau Pinang, kini maruah UMNO pula di pijak sesuka hati mereka. Apa yang berlaku di Menara UMNO, Jalan Macalister Pulau Pinang, tengah hari tadi cukup membuatkan UMNO Pulau Pinang di aibkan dengan kebiadapan kerajaan Negeri.
Tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang meruntuhkan struktur tulisan”UMNO” di hadapan Menara UMNO di sini jelas sesuatu yang di luar jangkaan tambahan pula tiada sebarang notis di keluarkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang berhubung pembinaan struktur berkenaan.
- See more at: http://www.pru14.tv/2015/06/20/kebiadapan-dap-semakin-melampau/#sthash.KbkJmvor.dpuf


Setelah DAP berjaya mengaib dan memijak maruah PAS di Pulau Pinang, kini maruah UMNO pula di pijak sesuka hati mereka. Apa yang berlaku di Menara UMNO, Jalan Macalister Pulau Pinang, tengah hari tadi cukup membuatkan UMNO Pulau Pinang di aibkan dengan kebiadapan kerajaan Negeri.

Tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang meruntuhkan struktur tulisan”UMNO” di hadapan Menara UMNO di sini jelas sesuatu yang di luar jangkaan tambahan pula tiada sebarang notis di keluarkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang berhubung pembinaan struktur berkenaan.

Jelas kini, DAP seolah-olah mahu menguasai Pulau Pinang secara sendirian tanpa ada sekutu mahupun lawan dalam politik. Tindakan sumbang mereka di Pulau Pinang bukan sahaja terhadap pengambilan tanah secara paksa dari orang Melayu di Pulau Pinang malah kini sudah semakin berani “menyerang” UMNO menerusi tindakan penguatkuasa Majlis.

Andai di tanya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, jawapan yang di berikan amat mudah. Struktur berkenaan menghalang lalu lintas dan tidak mendapat keizinan dari Majlis Bandaraya. Akan tetapi pembinaan beberapa struktur melambangkan kuasa DAP di Pulau Pinang dibenarkan tanpa sebarang dakwa dakwi lagi.

Inilah teraju Pulau Pinang kini, tempat lahirnya Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Secara beransur-ansur DAP mengubah Pulau Pinang menjadi Singapura kedua dengan pengusiran senyap orang Melayu dari kawasan Pulau.

Menariknya, tiada seorang pun ahli UMNO dari mana-mana cabang UMNO turun membantah secara lisan tindakan yang dilakukan penguatkuasa Majlis berkenaan. Apakah UMNO Pulau Pinag sudah tinggal nama? Adakah UMNO Pulau Pinang terheret sama dalam konflik antara Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Najib sehingga terlupa musuh menyerang ke rumah sendiri?

China larang umat Islam berpuasa


XINJIANG, Rabu – Sekatan terhadap agama Islam berterusan di China apabila pihak berkuasa Xinjiang mengekalkan larangan berpuasa terhadap umat Islam termasuk penjawat awam, pelajar dan guru.
Menurut laman web kerajaan, China turut menempatkan pegawai khas di restoran halal termasuk di Jinghe County, bagi memastikan restoran itu kekal beroperasi menjual makanan pada siang hari sepanjang Ramadan.
“China mengetatkan lagi larangan dan pemantauan terhadap umat Islam menjelang Ramadan kali ini.
“Pegangan agama Muslim Uighur dipolitikkan, dan peningkatan sekatan boleh menyebabkan ketegangan semakin tajam,” kata jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Dilxat Raxit dalam satu kenyataan.
Dilxat mengecam larangan pihak berkuasa China ke atas penjawat awam Muslim Uighur untuk berpuasa, dan melihatnya sebagai cuba mengawal agama Islam.
Setiap tahun, pihak berkuasa China telah berulang kali mengenakan sekatan ke atas Muslim Uighur di barat laut Xinjiang setiap kali menjelang Ramadan.
Terdahulu pada bulan Disember, China mengharamkan pemakaian jubah atau bertudung di khalayak di Urumqi, ibu kota wilayah Xinjiang.
Kumpulan hak asasi manusia menuduh pihak berkuasa China melakukan penindasan agama terhadap umat Islam Uighur di Xinjiang dengan berselindung disebalik kempen antikeganasan.
Pada 2014, Xinjiang mengharamkan amalan agama di bangunan kerajaan, serta memakai pakaian atau logo yang berkaitan dengan agama.
Mei lalu, kedai dan restoran Muslim di sebuah kampung di barat laut Xinjiang telah diarahkan untuk menjual rokok dan alkohol. – Agensi/ISMAWeb.net

DAP tiada hak bubarkan Pakatan - Hadi

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Pakatan Rakyat (PR) masih wujud dan belum berkubur biarpun rakan sekutunya DAP sudah mengisytiharkan pakatan pembangkang itu tidak lagi wujud.
Malah Abdul Hadi berkata, DAP tidak berhak mengumumkan PR dibubarkan selain dengan sinis menyatakan parti berkenaan tidak memahami maksud 'Pakatan Rakyat' sehingga terburu-buru bertindak sedemikian.
"Itu kenyataan peribadi, pada saya ia merupakan kenyataan yang tidak tepat kerana satu parti bukanlah (boleh dipanggil) Pakatan. Pakatan mesti merangkumi banyak parti...boleh bukalah kamus dewan apa makna Pakatan...sorang-sorang boleh dipanggil Pakatan ke? Tidak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di rumahnya sebaik sahaja selesai kuliah Jumaat di Rusila di sini, hari ini.
Pakatan Rakyat merupakan pakatan tidak rasmi yang dibentuk pada 1 April 2008 oleh DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Pilihan Raya Umum ke-12.
Ditanya sama ada status Pakatan itu masih lagi wujud, Abdul Hadi berkata: "Ya, masih lagi wujud".
Menurutnya setakat ini PAS belum menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung tindakan DAP bubar Pakatan Rakyat dan PAS juga belum terima kenyataan rakan sekutunya, PKR.
"...PKR tidak membuat kenyataan yang menunjukkan kami berpisah dan menunjukkan pakatan antara dua parti masih ada...dan DAP setakat ini, kami tak dapat keputusan secara rasmi (cuma) kami dapat melalui laporan media sahaja," katanya.
DAP menerusi Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat DAP sebelum ini mengumumkan parti itu kini memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi kerana tidak lagi dapat bekerjasama dengan presiden PAS yang didakwa 'tidak jujur' dan gagal untuk membincangkan dengan anggota Pakatan Rakyat yang lain berhubung rancangan PAS untuk meneruskan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.
Ini termasuk hasrat Abdul Hadi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO selain menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah isu panas itu kian berpanjangan apabila jawatankuasa pusat DAP yang bermesyuarat pada 15 Jun memutuskan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud berikutan disebabkan Muktamar ke-61 PAS pada awal bulan ini telah meluluskan resolusi untuk memutuskan hubungan dengan DAP setelah DAP secara rasmi memutuskan hubungan dengan Presiden PAS itu.
PAS mendakwa pemimpin DAP telah menyerang kepimpinan Abdul Hadi sehingga menyebabkan parti itu memutus hubungan dengan DAP.
Ditanya sekiranya PKR lebih menjurus memilih untuk bersama-sama DAP berbanding PAS, Hadi berkata, beliau tidak akan membuat keputusan sebelum PKR keluarkan kenyataan.
"Sehingga PKR ada keluarkan kenyataan, kemudian barulah saya boleh buat keputusan. Terpulang kepada PAS dan terpulang kepada PKR. Kalau PAS tak setuju PAS boleh keluar, PKR tak setuju PKR boleh keluar. Sehingga hari ini PAS tak buat kenyataan keluar Pakatan.
"Kami sayangkan perpaduan kaum kerana mempunyai masyarakat majmuk di Malaysia. Terpulang kepada masyarakat menilai kenyataan dia (Guan Eng) tu," katanya.