Sunday 13 May 2012

Penduduk Pengerang menyahut baik hasrat kerajaan memutuskan untuk membangunkan daerah itu sebagai hub indusri minyak dan gas

Bagai durian runtuh apabila mendapat tahu pampasan yang ditawarkan kerajaan sangat berbaloi menjanjikan wang tunai, tanah dan rumah mengikut nilaian tanah dan rumah masing-masing bukan sahaja terkecuali oleh tuan punya tanah/rumah tetapi pada sesiapa sahaja yang terlibat menduduki rumah atau menyewa di kawasan yang terbabit. 

Fasa pertama pemindahan membabitkan 570 keluarga Kampung Sungai Kapal, Teluk Empang dan Langkah Baik bagi memberi laluan kepada projek mega bernilai RM60 bilion terbabit disasarkan bermula Oktober 2013 

Penduduk tujuh kampung yang akan dipindahkan dalam fasa kedua membabitkan Sungai Buntu, Jawa, Lepau, Bukit Buluh, Batu Mas, Sebong dan Penyerang. Secara keseluruhannya, ia dijangka membabitkan kira-kira 4,000 daripada 1,268 keluarga.

Semua penduduk kampung terjejas dirancang untuk dipindahkan ke penempatan baru yang akan dibangunkan atas tanah seluas 474.8 hektar di Teluk Ramunia dengan pilihan mengekalkan nama asal kampung masing-masing di lokasi baru itu.

Projek Terminal Petroleum Laut Dalam diusahakan Dialog E & C Sdn Bhd itu membabitkan pelaburan RM5 billon, manakala projek RAPID PETRONAS membabitkan pelaburan RM60 bilion dijangka menawarkan lebih 40,000 peluang pekerjaan.

Projek ini secara tidak langsung menaikan Pengerang dipenuhi oleh projek pembinaan. Ini mewujudkan permintaan terhadap bahan-bahan mentah dan barang-barang keperluan untuk kerja-kerja pembinaan, kemudahan makanan, tempat tinggal dan pengangkutan. Penulis menemui sebilangan besar penduduk Pengerang yang berkerja di Singapura sehinga ada yang bekerja berpuluh tahun mencari rezeki disana berhasrat untuk pulang bekerja ditempat sendiri.

Terdapat 7 rancangan pembangunan nelayan oleh kerajaan negeri yang sememangnya memberi fokus dan nilai tambah kepada nelayan di Pengerang. Ia termasuk latihan dan isi rumah dengan menghasilkan produk nilai tambah kepada nelayan di Pengerang. Selain itu kerajaan memberi peluang latihan kepada nelayan untuk mempelajari kaedah penangkapan ikan yang lebih moden supaya boleh bertukar menjadi nelayan laut dalam dan menyediakan bot sewa untuk kegunaan pelancong bagi menambah baik taraf ekonomi mereka.

Dari sektor keselamatan sebahagian kawasan Pengerang sebelumnya sebuah kawasan panas dengan kadar jenayah yang tinggi kerana tempatnya jauh dari laluan awam dan terlindung. Dengan adanya projek ini secara tidak langsung memberi keyakinan kepada penduduk negeri ini serta pelancong tentang keselamatan mereka.Hub minyak dan gas Pengerang dijamin tidak membahayakan kesihatan pembangunan Pengerang akan mematuhi semua piawaian dalam negara dan antarabangsa iaitu standard and Industrial Reserch odf Malaysia (SIRIM, International oil and Gas Procedures (OGP), International Organizational of Standardization (ISO), American Petrolium Intitute (API dan International Labour Organisation. Kebodohan Datuk Chua Jui Meng menyamakan kesan pembinaan kilang petrokimia Petronas di Pengerang dengan projek nadir bumi di Lynas buat Datuk Azalina Othman Said Ahli Parlimen Pengerang naik angin dan mencabar pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor itu berdebat di kawasannya.Apa kena mengena projek Pengerang dengan Lynas? Apa kena mengena radioaktif dengan minyak? Terbukti Chua Jui Meng mempunyai niat yang jahat cuba memperbodohkan rakyat Malaysia. Cukuplah Lynas periuk nasi orang melayu yang tidak bersalah itu difitnah Pakatan Rakyat berkaitan dengan radioaktif sehingga projeknya tergendala.Pakatan munafik cuba menghasut penduduk tempatan untuk mengagalkan projek ini demi mengaibkan kerajaan BN dan melaga-lagakan rakyat bagi memancing undi mereka. Difahamkan Raja Parasit Negara Dato Sri Anuar Ibrahim bakal turun pada 25 Mei ini dengan misi jahatnya meracuni fikiran penduduk tempatan.Adakah Pakatan si pembawa Sial ini harus diberi ruang lagi oleh rakyat Malaysia yang gemar memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia dan menabur pasir ke dalam periuk nasi orang yang tidak bersalah terus dibiarkan berhaharajalela di Malaysia?  Renung-renungkanlah.

No comments:

Post a Comment