Saturday, 10 March 2012
Tuesday, 6 March 2012
Hasan Ali mahu saman Mahfuz Omar
Oleh Zanuddin @ Obey_one pada March 3, 2012
KUALA LUMPUR – Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mahu menyaman Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berikutan tuduhan bahawa Kementerian Belia dan Sukan akan menaja lebih 2,000 program ceramah.
KUALA LUMPUR – Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mahu menyaman Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berikutan tuduhan bahawa Kementerian Belia dan Sukan akan menaja lebih 2,000 program ceramah.
“Saya tidak pernah terlibat dalam mana-mana perundingan dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk membincangkan program latihan seperti yang dituduh oleh Ahli Parlimen Pokok Sena,” kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
Bagaimanapun tegas Presiden Jalur Tiga (Jati) ini, apa salahnya jika ada mana-mana pihak bersedia untuk menaja atau menyediakan peruntukan kerana ia hanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan.
“Saya mendapati tuduhan yang dibuat sehingga memerlukan sidang akhbar khas oleh Datuk Mahfuz (semalam) adalah berniat jahat, berunsur fitnah, percubaan memburukkan imej saya di mata rakyat, mencemarkan kredibiliti saya sebagai seorang ahli politik, pakar runding profesional, pakar motivasi dan peneraju Jati.
“Saya telah menyerahkan perkara ini kepada peguam saya untuk mengambil tindakan munasabah, satu tindakan rasmi akan dikeluarkan kemudian,” katanya lagi.
Menurutnya, beliau tidak pernah terlibat dalam mana-mana perundingan dengan KBS untuk membincangkan program latihan seperti didakwa Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Beliau juga tidak pernah melantik mana-mana wakil bagi pihaknya untuk tujuan berkenaan, malah Jati tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk program latihan disebutkan.
“Tuduhan sedemikian sangat berat kerana ia menjejaskan kredibiliti saya sebagai Presiden Jati, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Ahli Majlis Agama Islam Selangor (Mais), pakar runding pengurusan dan latihan serta pakar motivasi berwibawa.
“Ia menyebabkan anggota keluarga terdekat saya menanggung malu akibat tuduhan yang sama sekali tidak berasas itu. Menjadikan ahli-ahli Jati yang baru sahaja ditubuhkan mempersoalkan kredibiliti saya untuk memimpin mereka,” katanya.
Hasan berkata, beliau menyerahkan perkara ini kepada peguamnya untuk mengambil tindakan munasabah dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan kemudian untuk menentukan jumlah saman terhadap Mahfuz.
“Jumlahnya saya serahkan kepada peguam saya, dia kena tengok siapa yang menuduh dan siapa dituduh. Saya pemimpin masyarakat, saya pernah menjadi Exco, (kini) Adun, Ahli Parlimen, pakar motivasi, saya seorang profesional, saya mempunyai keluarga, masyarakat, saya pimpin Jati dan berbagai-bagai kelompok masyarakat.
“Yang itu perlu diambil kira dalam menentukan jumlah sebenar yang sesuai untuk saya saman Datuk Mahfuz Omar. Saya menjangkakan jumlah lebih sedikit RM50 juta,” katanya.
Beliau berkata, tidak menjadi satu kesalahan dari segi perundangan dan moral sekiranya NGO seperti Jati menerima sumbangan atau tajaan daripada mana-mana pihak demi memartabatkan agama Islam, bangsa Melayu dan institusi raja.
Katanya, Jati yang tidak mempunyai peruntukan dari mana-mana badan bersedia menerima sumbangan dan tajaan kerana Jati berkhidmat demi kebaikan rakyat namun tidak pernah memaksa mana-mana pihak memberikan sumbangan.
“Dari segi perundangan dan moralnya, apa salahnya NGO seperti Jati (menerima tajaan). Orang hendak menyumbang untuk memartabatkan Islam dan mereka tidak mahu nama mereka diwar-warkan dan hanya mahu menjadi ‘anonymous’. Ada sumbang untuk martabatkan Melayu, ada untuk mendaulatkan institusi raja.
“Untuk perkara tersebut, saya tidak nampak apa masalahnya. Masalahnya ialah hasad dengki, khianat, tidak boleh tengok orang senang, ramai yang sertai Jati, Pas tidak mampu melakukan seperti Jati,” katanya
Monday, 5 March 2012
Batal Konsert - Wirawati Setuju, Pribumi Perkasa Malaysia
Disiar pada : Wed, Feb 29th, 2012 Oleh Zanuddin Salleh
www.pribumiperkasa.com
29 Feb.2012: Kontroversi Erykah Badu guna Tattoo Allah pada dadanya menyebabkan konsertnya pada
29 Februari 2012 dibatalkan. Kerajaan Malaysia telah mengarahkan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dibatalkan serta-merta.
Wirawati Perkasa memberi sokongan kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengenai pembatalan konsert Eryka Badu kerana telah melanggar garis panduan PUSPAL dengan meletakkan kalimah Allah dibadan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam.
Ketuanya Cik Zaira Jaffar mengatakan “Di khuatiri generasi muda yang kurang matang silap mentafsir tentang tatoo dan tidak menghormati kalimah Allah dengan melihat perbuatan tersebut sebagai dibenarkan dan biasa sahaja tanpa ada nilai nilai suci keagamaan”.
Beliau juga meminta umat Islam yang berhajat untuk menyaksikan konsert penyanyi berusia 40 tahun itu esok agar membatalkan niat mereka jika sayangkan kesucian Islam.
Pembatalan tersebut telah dijelaskan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya.
Beliau berkata “Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia”.
Bagaimanapun, Datuk Seri Rais tidak menyatakan dengan lebih lanjut sama ada pembatalan itu disebabkan penyiaran gambar kontroversi penyanyi tersebut dengan tatu kalimah Allah pada dadanya.
Sementara itu Setiausaha Agung Perkasa pula menyatakan “Kita perlu batalkannya kerana penyanyi itu menghina Islam. Di dalam bulan Maulidul Rasul’.
“Kita tidak boleh biarkan konsert itu diteruskan. Rakyat asing yang menghina Islam untuk apa kita benarkan dia masuk. Kalau penyanyi itu sudah ada dalam negara ini, perlu dihalau keluar segara,” kata Syed Hassan Syed Ali dalam satu SMS hari ini.
“PERKASA sedang rancangkan sesuatu. Tunggu dan lihat esok apa yang akan PERKASA lakukan jika konsert penyanyi itu diteruskan,” katanya.
PERKASA
Zanuddin Salleh -
Saturday, 3 March 2012
Bila hati terluka dan cara merawatnya.
Bila kita lihat didada akhbar, pelbagai isu
yang menyayat hati yang mungkin ada kita terbaca. Bila kita memandang orang
lain yang bermasaalah yang mana tiada kaitan dengan kita, mungkin kita berkata
inilah nasip mereka, yang mana kita hanya mahu melihat dari jauh dan bersimpati
sahaja tetapi andai perkara jatuh ke atas kepala kita, baru kita dapat rasakan langit tinggi ke
rendah. Seolah bagai meneroka lautan berdarah. Lebih-lebih lagi kalau dah jatuh
ditimpa tangga pula. Kesakitanya mungkin sampai ke ulu hati. Silap- silap boleh
jatuh pengsan, ada yang krem, tidak selera makan, menangis berhari-hari
bagai nak tercabut kedua biji matanya, ada yang merana sampai sakit-sakit
badan dan ada yang terlampau memikirkannya penyudahnya menghuni di hospital
bahagia. Mengapa mesti melayan diri sebergitu rupa? Lautan
mana yang tak bergelora? Bumi yang mana tidak ditimpa hujan?
Dalam dunia ini siapa yang tidak pernah rasa
kecewa? Tidak kiralah apa jua jua usia kita kedudukannya sama ada si kaya atau si miskin, yang tua atau pun muda
selagi kita bernyawa diatas bumi ini tentu ada sahaja ujiannya. Langit tidak
sentiasa cerah. Mendung juga tak semestinya hujan. Hidup ini diibarat seperti
roda. Kadang-kala kita berada diatas tetapi kadang-kala kita dibawah. Sama ada
kita menyambutnya dengan cara yang positif atau sebaliknya. Andai baik yang kita lakukan baiklah yang kita bakal terima.
Andai buruk yang dipilih buruk juga yang bakal mengundang.
1. Bersedia, yakin dan redha setiap yang datang ada hikmahnya
Kita harus bersedia dalam apa jua kemungkinan yang mendatang agar kita tidak terlalu tertekan. Yakinlah dengan adanya ujian ini, ia akan lebih
mematangkan kita, menjadikan kita lebih kuat dan berjaya.
2. Mencari punca dan menyelesaikan masaalah itu dgn segera
Kita harus bijak menilai maaalah tersebut
dengan mencari puncanya justru bersama-sama menanganginya dengan baik
4. Tidak tergopoh-gapah membuat sebarang keputusan &
bijak mengawal keadaan.
5. Muhasabah
diri, dekatkan diri pada yang maha esa
Kita hidup didunia hanya sementara dan kita lakukanya segala diatas muka bumi ini hanya kerana Allah swt.
Kadang-kala
masaalah itu terkena kepada orang yang rapat dengan kita seperti rakan baik, rakan sekerja, suami, adik,
kakak, abang, ibu, bapa dan sebagainya. Bila kita melihat mereka murung kita
juga mendapat tempiasnya. Jadi sebagai orang yang rapat dengan mereka kita
tidak boleh menambahkan lagi tekanan
itu menyebabkan keadaan menjadi lebih parah. .Apa pun
penerimaanya mungkin masa dan keadaan yang bakal merawat hatinya. Bila kita reda ada ganjaran yang menunggu kita dihari kelak. Janganla sesekali kita menyimpan dendam. kalau kita rasa kita tidak bernasip baik, ramai lagi yang tidak bernasip baik dari kita. Jangan persia-siakan hidup sementara ini dengan kesedihan kerana banyak kebahagiaan diluar sana yang menunggu kita.
-fm muar-
Friday, 2 March 2012
GEMPAR !!! SURAT TUN M KEPADA EHUD BARAK ISRAEL !!!
Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak yang baru dipilih pada 1999, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar di sini, hari ini. —
PERDANA MENTERI MALAYSIA
8 Jun 1999
Tuan Yang Terutama Encik Ehud Barak
Perdana Menteri Israel TEL AVIV
Tuan Yang Terutama,
Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.
Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan.
Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.
Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansor. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar.
Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel.
Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.
Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain.
Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh.
Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.
Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan.
Ini mestilah berdasarkan pada prinsip “pertukaran tanah untuk perdamaian” dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.
Yang Ikhlas
Dr Mahathir Bin Mohamad
Dalam Bahasa Inggeris
PRIME MINISTER. MALAYSIA 8 June 1999
His Excellency Mr Ehud Barak Prime Minister Elect of Israel TEL AVIV
Your Excellency,
May I extend my congratulations on your victory in the recent elections. With this impressive mandate, I hope that you and your coalition partners will be able to guide the destiny of the people of Israel at the threshold of a new Century.
I would like to take this opportunity to reiterate that Malaysia has always sought peace and the settlement of problems between neighbours through negotiations. It is therefore our hope to see the mutual implementation of the agreements signed between the PLO and Israel.
We also believe that if the peace process is to be salvaged, sincere and effective steps must be taken to honour commitments.
As an important partner in the peace process it is crucial for Israel to be more accommodating. The Palestinians have made major sacrifices. They no longer demand the elimination of Israel.
They are even prepared to share Jerusalem with you. It is therefore timely that Israel respond positively so as to sustain the hopes of the people in both Palestine and Israel.
Solemn commitments made by a previous Goverment must be honoured. The alternative I am afraid, would be a permanent state of conflict and regional instability extending into the next Century. This is certainly a prospect that must be avoided.
The crux of the problem is that no party should revert to the old ways of taking what belongs to others, on the one hand and instigating hatred and violence, on the other.
Malaysia cannot countenance aggression by anyone, whether friend or foe. Any country that forcibly takes over land and properties of others, or demolishes dwellings belonging to others in order to set up its own settlements cannot be said to be sincere in wanting peace.
Malaysia is of the firm conviction that the security of all countries in West Asia can only be assured with the establishment of a just, lasting, and comprehensive peace in the region. This must be based on the principle of “exchange of land for peace” and the establishment of an independent Palestinian state with East Jerusalem as its capital.
The world looks forward to Israel under your leadership, to push forward the peace process with true determination. It is my sincere hope that the attainment of a comprehensive settlement in the region would allow Malaysia to realistically envisage a positive move towards the establishment of normal relations with Israel.
Yours sincerely,
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
MUSUH YAHUDI YANG SEBENARNYA ADALAH MELAYU !!!
Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi.
Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna.
Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi @ kaum yang hilang.
BANI JAWI @ BANGSA JAWI / MELAYU
Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu
Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu
Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu
Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.
Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah.
Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.
Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi.
Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.
Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemahlembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati.
Jawi or Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan. yakni maksud nya bangsa yg percaya kpd 1 tuhan (mentauhidkan tuhan)
Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu??
Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang.
Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.
Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia,’di penghujung dunia’.
Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi.
Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna.
Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi @ kaum yang hilang.
BANI JAWI @ BANGSA JAWI / MELAYU
Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu
Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu
Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu
Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.
Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah.
Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.
Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi.
Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.
Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemahlembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati.
Jawi or Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan. yakni maksud nya bangsa yg percaya kpd 1 tuhan (mentauhidkan tuhan)
Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu??
Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang.
Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.
Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia,’di penghujung dunia’.
Subscribe to:
Posts (Atom)

