Sebelum ini, Pengerusi BERSIH, Ambiga telah memberi jaminan bahawa penyokong perhimpunan BERSIH 3.0 TIDAK AKAN memasuki Dataran Merdeka.
Sebaliknya
hanya akan duduk berhimpun ditempat yang telah dirancangkan,
sepertimana syarat yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman yang baru
diluluskan.
Tetapi apa yang berlaku hari ini membuktikan bahawa Ambiga adalah seorang penipu besar.
Seorang
manusia yang tidak boleh dipercayai, seorang kaki belit selain
pengkhianat kerana usahanya yang tanpa henti untuk mengsabotaj ekonomi
negara sendiri terutama dari segi pelancongan dan pelaburan.
Walaupun menjanjikan himpunan aman tetapi perhimpunan yang berlaku hari ini sememangnya menjurus kepada keadaan tidak aman.
Malah, peserta demo sejak dari semalam telah melakukan berbagai-bagai helah untuk mencabar polis.
Mereka
mengepung dan mengetuk-ngetuk kereta polis, merempuh halangan polis di
KLCC, mengingkari arahan dan akhirnya tetap menceroboh Dataran Merdeka.
Semuanya dengan niat untuk mengumpan polis melakukan keganasan terhadap mereka.
Di jalanan, mereka juga berkejar-kejar ke sana ke mari membuat kecoh sedangkan Ambiga menjanjikan satu demonstrasi ‘duduk’ bukannya ‘berlari’.
Justeru, apakah manusia seperti Ambiga ini boleh diambil kira pandangannya ???
Iaitu
seorang penipu, kalaupun tidak seorang yang lemah kerana tidak mampu
menyampaikan arahan yang tepat kepada pengikutnya ???
Atau
apakah pengikutnya sememangnya jenis samseng semuanya yang tidak
mendengar arahan polis mahupun arahan dari ketua mereka sendiri ???
Atas dasar apa kerajaan atau SPR perlu mendengar segala tuntutan Ambiga ???
Sedangkan
hari ini sekali lagi terbukti bahawa beliau adalah tidak lebih daripada
seorang manusia yang tiada kredibiliti kerana cakapnya hanyalah cakap
kosong dan janjinya adalah janji palsu.
Manusia jika tidak dapat dipegang pada janji, pada apa lagi hendak dinilai dirinya ???
Itulah Ambiga, kononnya dewi srikandi yang berani dan berintegriti tetapi rupa-ranya hanyalah seorang penipu tahap dewi.
Sekiranya
pembangkang menganjurkan apa-apa jenis rusuhan, aku cadangkan agar
pihak penguasa bertindak seperti polis-polis diluar negara.
Gunakan cotta belasah sahaja demonstran yang biadab dan kurang ajar begini !
No comments:
Post a Comment