Kediaman
Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga terus menjadi sasaran protes dan
yang terbaru, kumpulan peniaga dikenali sebagai Majlis Tindakan
Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur merancang menganjurkan ‘Bersih 4.0′ dengan
membuka 60 lot perniagaan di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara minggu ini.
Pihak penganjur berkata pihaknya mahu mengajar individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian mereka alami ekoran perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini.
Pengerusi
majlis itu, Datuk Jamal Md. Yunos, berkata, penganjuran ‘Bersih 4.0′
berbeza sama sekali dengan perhimpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih
3.0.
Menurutnya,
dengan ‘protes’ tersebut, peniaga-peniaga yang terlibat mahu Ambiga
merasai sendiri ‘nikmat’ apabila keharmonian di sesuatu tempat itu
dicemari.
“Esok kita akan turun untuk mengadakan lot-lot perniagaan dan kita akan sediakan 60 lot untuk peniaga.
“Pada
Selasa, kita akan pergi ke pejabat Datuk Bandar (Kuala Lumpur), untuk
memohon permit perniagaan yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini,”
katanya ketika pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras,
Lorong Tuanku Abdul Rahman pagi tadi.
Perhimpunan
yang mendapat sokongan persatuan-persatuan peniaga serta badan bukan
kerajaan (NGO) itu dijangka disertai lebih 10,000 orang dan pihak
penganjur menyasarkan pendapatan RM300 hingga RM500 sehari.
Ia akan berlangsung bermula jam 3 petang hingga 8 malam.
Malah,
sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, pihak penganjur akan memohon
permit kekal perniagaan di situ kerana menyifatkan ia sebagai lokasi
berpotensi.
No comments:
Post a Comment