Tahniah penulis ucapkan kepada Tunku Abdul Aziz dalam membuat keputusan yang tepat untuk keluar dari DAP.
Tunku Abdul Aziz dikenali sebagai seorang yang bermaruah, bijaksana dan
memegang kepada prinsip yang kuat, sesuatu yang tidak dapat dilihat
dalam kalangan pemimpin-pemimpin lain. Keadaan sekarang seperti duit
mampu membeli segala-galanya. Namun, Tunku Aziz telah membuktikan bahawa
ia adalah tidak benar sama sekali.
Diatas reputasinya yang kuat, adalah agak sukar bagi kita untuk percaya jika Tunku Aziz mudah terpedaya dengan taktik kotor DAP.
Mungkin terdapat kebenaran disebalik kata dimana seorang yang bijaksana
tidak mungkin akan jatuh begitu sahaja, tetapi jika mereka jatuh, mereka
akan jatuh teruk. Mereka tidak selalu membuat kesalahan, tetapi mereka
mungkin selalu membuat kesalahan yang amat besar.
Tun Dr. Mahathir contohnya, beliau telah banyak berjasa kepada negara
dan juga dunia. Namun, kesilapan beliau dalam memilih Anwar dan
kemudiannya Pak Lah sudah cukup untuk memusnahkan segala kejayaan yang
dikecapi.
Keputusan Tengku Aziz untuk keluar dari DAP bukanlah soal kesalahan
seseorang dalam politik. Tetapi, ia merupakan satu peluang buat rakyat
untuk memahami budaya DAP dan juga pimpinanya.
DAP mungkin menggelar parti mereka sebagai Democratic Action Party,
tetapi sebenarnya mereka patut digelar Dictatorial Action Party. Mereka
telah dilabel sebagai chauvinis, rasis, angkuh dan juga komunis
terutamanya kepada kaum Melayu. Namun, mereka mengabaikan segala fakta
tersebut dan menyatakan bahawa ianya adalah sesuatu yang adil dan
terbuka untuk semua.
Jadi, tidak sukar bagi kita untuk melihat kebenaran terhadap setiap
label yang diberikan kepada mereka. DAP telah terang-terang menyatakan
bahawa mereka membangkang apa jua perkara yang melibatkan Melayu. Mereka
membantah terhadap penggunaan perkataan kawi di papan-papan tanda,
mereka enggan memakai pakaian rasmi di Dewan Rakyat, mereka berkeras
untuk melepaskan seorang kanak-kanak yang ditahan polis kerana dia
diajar untuk menjadi Cina tetapi mereka terus mendiamkan diri apabila
mengetahui bahawa kanak-kanak tersebut adalah Melayu.
DAP adalah parti yang membuat kecoh terhadap azan subuh, dan mereka
sering tidak menghormati raja-raja Melayu seperti mereka tidak berkuasa.
Bagi rakyat, DAP sering berkerja keras dalam memastikan setiap sekolah
dibahagikan mengikut bangsa masing-masing.
Tunku Aziz pada mulanya menyertai DAP dengan harapan untuk membasmi
budaya rasuah, untuk membina sistem pentadbiran di Malaysia yang
seimbang dan untuk membawa budaya integriti. Tetapi setelah beberapa
tahun bergelumang dalam dunia DAP, beliau berkata,"Saya rasakan bahawa
saya naif dalam mengharapkan bahawa DAP mempraktikkan apa yang saya
mahukan."
"Memang tidak boleh dinafikan bahawa ada antara mereka yang baik dimana
mereka menjalankan tugas dengan penuh beretika. Namun, ada juga antara
mereka yang sering melanggar undang-undang. Jika keadaan ini perterusan,
rakyat akan mula mempersoalkan keadaan ini, adakah mereka boleh
dipercayai dalam memegang tanggungjawab yang besar?"
BN mungkin tidak sebersih mana kerana ada juga orang-orang yang jahat.
Namun, BN telah membuktikan bahawa parti ini cukup terbuka dan mereka
mampu membawa Malaysia dalam arus kemajuan. Jika BN mengamalkan rasuah
sepertimana yang dituduh oleh DAP, Malaysia tidak mungkin akan menjadi
negara yang aman.
Dalam satu temuramah bersama akhbar Star hari ini, Tunku Abdul Aziz
mendedahkan segala kerja kotor yang diamalkan oleh DAP. Beliau juga
sempat memberitahu bagaimana DAP mengamalkan sikap 'double standard'
terhadap penjaja-penjaja dimana penyokong DAP tidak langsung disentuh.
Jadi, secara kesimpulannya, tindakan BERSIH yang melanggar undang-undang
adalah antara sebab mengapa Tunku Aziz menjadi tidak selesa dengan DAP,
selain daripada keadaan dimana DAP tidak pernah mengamalkan integriti.
Tetapi, keadaan yang paling teruk adalah apabila Guan Eng menawarkan
beliau kedudukan di DAP dan juga RM50,000.
Keadaan tersebut menunjukkan bahawa DAP adalah parti yang mengamalkan
rasuah dan mereka rasakan bahawa mereka mampu memberi memberi rasuah
kepada sesiapa saja termasuk Tengku Aziz. Jadi, tindakan untuk keluar
parti adalah keputusan yang terbaik boleh dilakukan oleh Tengku Aziz.
No comments:
Post a Comment